Wednesday, July 29, 2009

Inikah CINTA???


Mula-mula mata bertentang mata, lidah kelu nak berkata, terukirlah senyuman, lalu membuat janji untuk pertemuan, itulah cinta......


Itulah ungkapan yang paling indah bagi orang yang bercinta...namun bagaimanakah cara untuk kita mencari cinta? adakah cinta sejati itu perlu diukur atau dibuktikan? Menurut ustaz Haji Mohammad Nor, ketua penolong pengarah penguatkuasaan, Jabatan Agama Johor...Cinta itu suci sebenarnya...Cinta adalah anugerah dari ALLAH s.w.t...dihujahkan oleh Rasullullah s.a.w, antara huraiannya menyatakan bahawa "sesiapa yang mati dalam keadaan cinta, maka ia mati syahid...."


Mulia sungguh taraf cinta itu...namun, bagaimanakah yang dikatakan cinta yang suci? adakah semua jenis cinta yang kita nampak pada hari ini adalah cinta yang suci ?? Tidak... Jarang sungguh untuk kita lihat cinta yang suci pada hari ini....Ini kerana cinta yang suci perlu pengorbanan yang tinggi....Contohnyer...Cinta yang suci...Cinta seorang ibu terhadap anaknya...sanggup si ibu mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari....Namun, pada hari terakhir, si ibu terkorban kerana melahirkan anaknya itu... Maka, si ibu mati dalam keadaan mati syahid...kerana terkorban demi cinta pada anak.....Termasuklah cinta pada agama, sanggup mengorbankan diri bagi memartabatkan hak....cinta pada negara dan lain-lain lagi....Termasuklahklah cinta pada bakal suami dan bakal isteri....selagi cinta tersebut cinta yang suci....bukan cinta yang noda....Insyallah.....



Sahabat-sahabat sekalian....Cinta ataupun pertemuan lelaki dan perempuan....bukan lah sesuatu yang mustahil, dan bukan pula sesuatu yang aneh....Tapi adalah anugerah yang diberikan oleh ALLAH kepada kita...Firman Allah s.w.t " Antara tanda-tanda kekuasaan Allah, Allah menjadikan manusia, lelaki dan perempuan...dan berkahwinlah mereka, untuk mencari ketenangan dan ketenteraman ...." bila lelaki bertemu perempuan...tenang hatinya, tenteram perasaan dia....Cintanya terungkai...Rindunya terubat....Tapi ingat!!! takut-takut cinta itu adalah cinta yang ternoda....Bagaimanakah yang dikatakan cinta yang ternoda itu ? bagaimanakah cinta itu perlu dipupuk dengan cara yang betul agar kita memperolehi cinta yang suci ? Nanti kan di bahagian 2......


p/s: Sambungan Inikah Cinta - Part 2, anak luar nikah tertinggi di Kota tinggi, Johor dan ia telah dianggap perkara yang biasa...nantikan.......




Thursday, July 9, 2009

PPSMI: Akhirnyer dihapuskan kerana gagal, namun kenapa tunggu 2012 ?? Biasalah...Pilihan raya tu....


Ini soal masa depan anak kita. Kita mengambil keputusan secara objektif bukan kerana politik, walaupun pembangkang kata kita putuskan kerana mereka (pembangkang),” kata Muhyiddin pada sidang media di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kajian empirikal dan saintifik serta sejajar kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menunjukkan pelajar lebih mudah menguasai ilmu pada peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.

Beliau berkata, kerajaan menyedari kelemahannya lebih awal, tetapi tidak boleh menukarnya kerana ketika itu masih terlalu awal dan bagi mengelakkan kekeliruan. “Kerajaan bertindak wajar... kita perlu menghabiskan pusingan (tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris) dan membuat keputusan yang betul,” katanya.

Namun, Muhyiddin menolak andaian kononnya PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003 itu satu kegagalan, sebaliknya hanya tidak mencapai matlamat yang disasarkan. “Ia bukan kegagalan sepenuhnya (tetapi) proses yang perlahan untuk mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai dan untuk bidang pendidikan ia tidak bagus,” katanya.

Kerajaan akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan bahasa Inggeris mulai 2012.....

Terima kasih kerajaan sebab menggunakan hasil kajian bagi menentukan samada PPSMI perlu diteruskan ataupun tidak... 1 langkah yang bagus...namun jgnlah kerajaan melaksakan lagi 1 dasar baru tanpa kajian yang menyeluruh sehingga menyebabkan pembaziran yang teramat banyak nilainyer...Namun, ada beberapa perkara yang muskil:

1. Dari Statement MP (menteri pendidikan) tadi, mereka telah sedar bahawa PPSMI mmg tak diperlukan untuk mengukuhkan penguasaan sains dan math...masalahnyer, MP telah mengetahui perkara tersebut dari awal (mungkin selepas kajian oleh Prof @ pihak2 lain yang menekan mereka...wlupun MP menafikannyer dahulu)... Kenapa mereka tak mengubahnyer sebelum pembangkang menunjuk perasaan agar PPSMI dibubarkan? kan senang?? Sbb, dari pandangan saya, kerajaan benar2 mengambil tindakan hanya selepas reformasi PR supaya PPSMI dibubarkan...Kan ini akan menyebabkann rakyat nampak pembangkang membela nasib anak2 org kampung...Adakah kerajaan menangguhkan keputusan itu hanya untuk menjaga nama baik agar tidak dipandang serong oleh rakyat?? pelik2.....

2. Kerajaan telah maklum bahawa PPSMI tidak mencapai matlamat...berita terbaru semalam menunjukkan kejatuhan penguasaan sains dan math yang diajar dlm bahasa inggeris...Ini merupakan hasil kajian mendalam tentang isu ini... yang peliknyer...kenapa waktu pengumuman keputusan sebelum ini (sejak PPSMI diperkenalkan), saya hanya mendengar tentang graf bagi sains dan math meningkat?? tak dengar pulak penguasaan pelajar menurun... apa yang dimaksudkan sebenarnyer?? hehehe... baca artikan sebelum ini "Dasar pendidikan baru: Membantu atau melemahkan pelajar melayu?"......

3. KENAPA kerajaan perlu tunggu 2012...kan kerajaan dah tau yang PPSMI telah memberi kesan buruk sepertimana yang dibentangkan oleh MP @ PM sendiri, sepatunyer ia perlu dilaksanakan serta merta... kesian pelajar2 yang masih terkapai2... sebagai bapa, bila tau anak kita dalam bahaya kerana melakukan sesuatu perbuatan, kita pasti akan menyuruh dia berhenti segera...kita tak perlu tunggu dia melarat sampai hampir mati baru nak berhenti atau mencari penawar dia kan??? adakah kerana 2012 tu pilihan raya umum dah dekat?? kesian rakyat... menjadi mangsa lagi....




Tuesday, July 7, 2009

Bermulanye Kuliah : 2009/2010 1

Hari ini bermulanyer hari kuliah pertama bagi sem ini (walaupun dah hari selasa sbb ada taklimat pada hari isnin)... Nampaknyer bilangan pelajar MEP sendiri dah berlipat kali ganda (tapi just 2 setengah kali ganda kot...) Satu perkembangan yang bagus.. bila ada pelajar ramai, meriah sikit kuliah dan assignment group mungkin dikurangkan (kot).... Amin...

Berita terbaru tentang statistik pelajar UTM, bil pelajar undergrade sendiri telah dikurangkan dari tahun lepas, dan pelajar postgraduate telah bertambah... Namun, yang tak sedapnyer telinga ni, jumlah kemasukkan pelajar perempuan (ops...Mahasiswi) UTM jauh lagi tinggi berbanding pelajar lelaki... sebagai contoh, 4 fakulti di UTM terdiri dari 80% mahasiswi dan hanya 20% mahasiswa (namun fakulti elektrik still ramai lelaki = 65%...huh...nasib2...)...tapi tak apa lah... ini kerana pelajar yang menjejak kaki di IPT ni adalah org yang layak...betul tak? tak perlulah seimbangkan lelaki perempuan, ini akan menyebabkan orang yang sepatutnya tidak layak, diberi peluang hanya disebabkan mengisi kuota... Cian org yang layak tu kan??

Namun, saya amat berharap agar semua mahasiswa/i mengambil kesempatan yang diberikan ini (belajar di UTM) supaya dapat memanfaatkan waktu dan sekali gus berjaya menamatkan semeste ini dengan cemerlang.... lupakanlah pencapaian yang lepas, mulakan langkah yang baru... pandang hadapan dan gapai matlamat yang kita telah tanamkan ketika tiba di UTM pada hari pertama (Jgn pandang belakang tau).......[ hanya pesanan dari saya yang kecil dan lemah ini ]

Untuk pelajar postgraduate (terutamanyer MEP).... Insyaallah..saya akan gunakan blog ini untuk berkongsi ilmu tentang apa yang saya faham tentang sesuatu topik yang kiter belajar di kuliah...namun, saya harapkan rakan2 akan memberi feedback n pembetulan klu ada apa2 kesilapan atau pertanyaan yang boleh kiter bincangkan dan berkongsi bersama....Untuk pelajar undergraduate pulak...klu ada yang berminat untuk bertanya soalan tentang konsep atau apa2 yang berkaitan tentang fakulti, boleh jugak dikongsikan di blog ini....

GOOD LUCK SEMUA........

Monday, July 6, 2009

Kasih Seorang Ibu : Pelajar maut motosikal bergesel Proton Wira

“Ah Wee, bangun Ah Wee... emak sudah cakap jangan bawa motosikal dan pakai topi keledar dengan betul, ” kata Wong Lee Yun, 43, berulang kali sambil menangis dan berusaha menggerakkan anaknya, Goh Kah Wee, 19, yang sudah tidak bernyawa akibat kemalangan maut supaya bangun.

Bapa mangsa, Goh Kah Heng, 48, yang berada di situ turut berulang kali cuba menggerakkan badan dan kaki anaknya sambil memintanya bangun seolah-olah tidak percaya anaknya sudah meninggal dunia.

Pasangan suami isteri itu terpaksa ditenangkan oleh pegawai dan anggota polis termasuk beberapa saudara mereka, bagi membolehkan siasatan di tempat dijalankan sebelum mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat, Hospital Pakar Sultanah (HPSF).

Orang ramai yang mengerumuni tempat kemalangan maut turut pilu melihat insiden itu dan terdapat antara mereka yang menitiskan air mata.

Janganlah kita sambil lewa tentang keselamatan diri.. Memanglah malang tu tak berbau... ada jugak yang pakai helmet tapi tetap mati...tapi sekurang-kurangnye, mungkin ada peratusan untuk selamt la jugak...

Tengok... kesian mak dia sedih sebab anak dia tak nak dengar cakap emak dia supaya pakai helmet... tapi kita pun kene bersedih sebab tak sempat ajar dia mengucap... semoga roh meringankan seksaan keatas dia.....

Sunday, July 5, 2009

10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kerana rokok


PEROKOK di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok! Suatu pembaziran yang boleh dielakkan.


Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis penyakit. Malah mengikut pengkelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan sebagai F17.2 iaitu kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan perokok ditakrifkan sebagai penagih.


Anehnya, tembakau yang dihasilkan sebagai barang pengguna masih dijual secara terbuka walaupun fakta sains menjelaskan separuh daripada perokok akan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan tembakau. Di Malaysia, orang Melayu adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus daripada keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103,630 perokok remaja.....


Tu yang pelik.... kenapa yerk... Macam2 kerajaan dah buat supaya org berhenti merokok... Keluarkan fatwa lah, kenekan cukai yang tinggi lah... Naikkan harga rokok ++...

Tapi semua tu langsung tak beri kesan... yang lagi hebat, bila TV3 keluarkan citer, yang org kedai siap jual rokok yang bersarung supaya pembeli tak nampak gambar2 kesan merokok kat kotak roko.... Dasyat nyer idea pekedai2 suptu kan?? apa komen anda?? Bagaimaner kiter leh buat biar org tu berhenti merokok....

Saturday, July 4, 2009

Mesti Tonton: Ice Age makin menyeronokkan


KEMBALI menghiburkan peminat dengan pengembaraan, persahabatan, kecomelan, kenakalan dan keberanian mereka, Manny, Diego dan Sid serta rakan yang lain muncul dengan sebuah kisah yang baru, Ice Age: Dawn of the Dinosaurs, atau dikenali juga sebagai Ice Age 3, dalam bentuk lebih hebat, 3-D.

Manny dan Ellie (Queen Latifah), yang kini berpasangan, sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka. Hakikat itu membuatkan Manny jadi tak tenteram, untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan elok sebelum ketibaan anggota baru keluarga mereka.

Dan seterusnye ???? Jom tengok sekarang dan komen tentang filem ini.......




p/s: apa lagi... panggung baru dah bukak.... dekat pulak tu (U-Mall Skudai) :-)

Friday, July 3, 2009

Flag this message Dasar pendidikan baru: Membantu atau melemahkan pelajar melayu?

Memang tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris (BI) amat penting pada masa kini samada dalam bidang pembelajaran ataupun pekerjaan. Banyak ilmu-ilmu terkini (updated) diolah dalam bahasa Inggeris dimana kita dapat lihat hampir semua hasil kajian turut ditulis dalam BI. Namun, benarkah langkah kerajaan bagi meneruskan PPSMI dan mewajibkan BI sebagai satu matapelajaran wajib bagi mendapat kelulusan sijil SPM sebagai satu langkah yang wajar.


Mari kita renungkan. PPSMI yang diperkenalkan oleh kerajaan telah "diiktiraf" sebagai berjaya dimana hampir semua tahap peperiksaan menunjukkan kemeningkatan didalam bidang sains dan juga matematik samada dari peratusan kelulusan, gred A dan juga jumlah pelajar yang menjawab dalam BI. Namun, hasil kajian Prof. dari UPSI menunjukkan keputusan sebaliknya. Maka, hasil kajian siapakah yang salah?? Jawapannya ringkas, kedua-dua pihak tidak salah. Ini kerana, PPSMI telah menyebabkan penurunan graf kelulusan supaya pelajar yang lulus meningkat (termasuklah yang mendapat A), malah, walaupun pelajar tersebut hanya menggunakan 1 ayat "because of that" didalam kertas matematik dan sains, ianya telah dianggap sebagai menggunakan BI bagi menjawab kertas tersebut (sila rujuk guru yang menanda kertas peperiksaan). Yang lebih mengecewakan, apabila langkah ini diambil, pelajar yang sepatutnya tidak layak menduduki kelas sains (Sains Tulin atau setarafnya) ketika di tingkatan 4, mampu memasuki kelas tersebut apabila memperolehi A bagi kedua-dua subjek (sedangkan, ketika ujian percubaan atau lain-lain ujian, subjek tersebut hanya mendapat C). Masalah akan timbul apabila mereka mempelajarai matematik tambahan, fizik dan kimia dimana kebanyakkan mereka tidak mampu memahami konsep asas disebabkan lemahnya 2-2 subjek di sekolah rendah.


Bukan sekadar itu, kesan pengenalan PPSMI boleh dilihat dengan jelas di sekolah luar bandar dimana hampir semua pelajar luar bandar tidak memahami matematik dan sains apabila diajar dalam BI dan lebih menyedihkan, semakin ramai yang takut dan hilang minat terhadap 2 subjek terpenting ini. Malah, dari tinjauan saya sendiri (berbincang dengan beberapa guru luar bandar), mereka mengatakan hanya segelintir pelajar sahaja yang mampu menguasai 2 pelajaran yang penting ini, yang lain hanyut dibawa arus perubahan sistem pendidikan. Guru-guru mengambil inisiatif mengajar kembali subjek-subjek ini dalam bahasa melayu bagi memastikan pelajar mereka tidak putus asa. Ini bukan sahaja dilakukan oleh sekolah kebangsaan (SK) luar bandar, malah sekolah jenis kebangsaan (SJK) turut mengambil langkah yang sama. Mereka mengadakan masa tambahan selepas waktu persekolahan bagi mengajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda. Persoalan kini, yang manakah paling penting? Pelajar yang menguasai konsep sebenar matematik dan sains bagi penguasaan dimasa hadapan atau pengusaan penggunaan BI bagi subjek tersebut?


Jika difikirkan dengan menggunakan akal saya yang kecil ini, tiada salahnya matematik dan sains diajar dalam bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan. Ini kerana, pada tahap sekolah rendah dan sekolah menengah, mereka hanya perlu memahami konsep asas matematik dan sains. Konsep asas ini amatlah penting supaya mereka mendapat gambaran yang jelas tentang "jalan cerita" sebenar untuk 2 subjek ini (terutamanya bagi subjek Fizik, Kimia dan lain-lain). Mereka tidak perlu BI bagi mentelaah hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik dunia, samada di tahap sekolah menegah apatah lagi sekolah rendah. Maka pengenalan PPSMI bagi pelajar-pelajar mendapat ilmu terkini (updated) adalah tidak logik kerana mereka hanyalah anak yang baru sahaja hendak mengenali ilmu ini. Sepatutnya, kerajaan hanya perlu menguaatkusakan penggunaan bahasa inggeris di semua IPT. Ini kerana mereka yang terpilih sahaja (yang benar-benar inin belajar) yang akan meneruskan pengajian IPT. Maka, tidak mustahil bagai golongan ini untuk menguasai BI ketika di IPT tersebut. Selain itu, sememangnya IPT merupakan tempat bagi menimba ilmu yang terkini (updated) mengikut perkembangan semasa dan tempat melakukan kajian dan mentelaah hasil jakian penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara.


Mengenai isu kedua, dimana BI menjadi subjek wajib bagi mendapatkan sijil SPM, kerajaan perlu mengkaji semula cadangan ini. Kerajaan perlu pertimbangkan, jika pelajar tersebut gagal (gred D atau E) untuk subjak BI, mereka tidak layak mendapat sijil, bermakna mereka tidak mempunyai sijil SPM untuk bekerja, memasuki tingkatan 6 apatah lagi memasuki IPTA/IPTS samada dalam peringkat diploma ataupun sijil. Ini bermakna, mereka tergantung begitu sahaja ataupun terpaksa mengambil semula SPM tersebut. Jika dipandang sekali imbas, kaum manakah yang paling lemah dalam BI? rata-rata kita akan dengar Orang MELAYU. maka, bukankah makin ramai pelajar melayu yang akan tergantung tanpa bertali apabila cadangan ini diluluskan? Makin ramai penganggur-penganggur yang tidak bekerja kerana tidak mempunyai sijil dan semakin tingkatnya masalah jenayah dinegara kita apabila mereka terdesak mencari sumber pendapatan?

Kerajaan tidak wajar memperkenalkan sistem ini pada masa sekarang. Banyak lagi perkara perlu dikaji sebelum sesuatu keputusan mengenai pendidikan dilaksanakan. Janganlah setiap kali bertukarnya menteri pendidikan, dasar pendidikan berubah lagi. Malah, penukaran sesuatu dasar tidak dilakukan dengan penyelidikan, sebaliknya hanya membuta tuli. Setelah terlaksananya dasar tersebut, barulah kajian dilakukan. Anak-anak malaysia bukan "robot" untuk dieksperimen. Jika dilihat, negara-negara maju, pendidikan adalah kebal dari pengaruh politik. setiap perubahan dalam pendidikan, perlu dilakukan soal selidik dan perbahasan yang panjang, bukan dilakukan sambil lewa dan mengejut.


Saya berharap, kerajaan perlu mengambil iktibar tentang apa yang telah berlaku. Lakukanlah penyelidikan yang mendalam sebelum sesuatu dasar diperkenalkan kerana inaya melibatkan rakyat dan kos yang tinggi. Janganlah hanya mementingkan idealogi yang "fantastic", sebaliknya lihatlah rakyat-rakyat yang dibawah. Semoga gagasan 1 malaysia tidak hanya untuk diluahkan, sebaliknya dipraktikan di semua tahap masyarakat.