
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kajian empirikal dan saintifik serta sejajar kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang menunjukkan pelajar lebih mudah menguasai ilmu pada peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.
Namun, Muhyiddin menolak andaian kononnya PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003 itu satu kegagalan, sebaliknya hanya tidak mencapai matlamat yang disasarkan. “Ia bukan kegagalan sepenuhnya (tetapi) proses yang perlahan untuk mencapai matlamat yang sepatutnya dicapai dan untuk bidang pendidikan ia tidak bagus,” katanya.
Kerajaan akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan bahasa Inggeris mulai 2012.....
Terima kasih kerajaan sebab menggunakan hasil kajian bagi menentukan samada PPSMI perlu diteruskan ataupun tidak... 1 langkah yang bagus...namun jgnlah kerajaan melaksakan lagi 1 dasar baru tanpa kajian yang menyeluruh sehingga menyebabkan pembaziran yang teramat banyak nilainyer...Namun, ada beberapa perkara yang muskil:
1. Dari Statement MP (menteri pendidikan) tadi, mereka telah sedar bahawa PPSMI mmg tak diperlukan untuk mengukuhkan penguasaan sains dan math...masalahnyer, MP telah mengetahui perkara tersebut dari awal (mungkin selepas kajian oleh Prof @ pihak2 lain yang menekan mereka...wlupun MP menafikannyer dahulu)... Kenapa mereka tak mengubahnyer sebelum pembangkang menunjuk perasaan agar PPSMI dibubarkan? kan senang?? Sbb, dari pandangan saya, kerajaan benar2 mengambil tindakan hanya selepas reformasi PR supaya PPSMI dibubarkan...Kan ini akan menyebabkann rakyat nampak pembangkang membela nasib anak2 org kampung...Adakah kerajaan menangguhkan keputusan itu hanya untuk menjaga nama baik agar tidak dipandang serong oleh rakyat?? pelik2.....
2. Kerajaan telah maklum bahawa PPSMI tidak mencapai matlamat...berita terbaru semalam menunjukkan kejatuhan penguasaan sains dan math yang diajar dlm bahasa inggeris...Ini merupakan hasil kajian mendalam tentang isu ini... yang peliknyer...kenapa waktu pengumuman keputusan sebelum ini (sejak PPSMI diperkenalkan), saya hanya mendengar tentang graf bagi sains dan math meningkat?? tak dengar pulak penguasaan pelajar menurun... apa yang dimaksudkan sebenarnyer?? hehehe... baca artikan sebelum ini "Dasar pendidikan baru: Membantu atau melemahkan pelajar melayu?"......
3. KENAPA kerajaan perlu tunggu 2012...kan kerajaan dah tau yang PPSMI telah memberi kesan buruk sepertimana yang dibentangkan oleh MP @ PM sendiri, sepatunyer ia perlu dilaksanakan serta merta... kesian pelajar2 yang masih terkapai2... sebagai bapa, bila tau anak kita dalam bahaya kerana melakukan sesuatu perbuatan, kita pasti akan menyuruh dia berhenti segera...kita tak perlu tunggu dia melarat sampai hampir mati baru nak berhenti atau mencari penawar dia kan??? adakah kerana 2012 tu pilihan raya umum dah dekat?? kesian rakyat... menjadi mangsa lagi....

Setuju dengan anda. Dasar pendidikan Malaysia perlu dikaji lebih terperinci dan menyeluruh mengambil kira semua aspek (melibatkan kesediaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu itu sendiri). Jangan kerana pemimpin ghairah dalam memerintah gah dengan ideologi mereka, masa depan anak muda menjadi kucar kacir huru hara dengan sistem yang dilaksanakan. Kesian juga warga pendidik terutama guru turut sama menjadi mangsa keadaan.
ReplyDeleteItu lah.... nasib baik lah jugak ada persatuan cina (NGO) yang berkeras membangkang n terus buat perbincangan ngan MP... klu nak harapkan NGO kiter...mereka dan kita sendiri takut n terus setuju jer dgn apa yang kerajaan buat... bilalah agaknyer org kita akan berubah entahlah....
ReplyDelete